kerana kepingin dan terlebih rajin aku habis kan masa buat bebola kentang ni sambil tengok lee dong wook dan song ji hyo dalam fugitive of joseon (mandate of heaven).
bahan-bahan
kentang direbus dan dilenyek
tepung gandum dalam nisbah 2 : 1 dua tepung satu kentang
telur dipukul dengan secubit garam
serbuk roti
keju yang di kiubkan ( aku guna keju keping sebab lari bajet)
minyak untuk menggoreng
ohh aku letak sedikit garam dan lada sulah dalam kentang tapi
how to do it?
kentang yang dilenyek tapi dimasukkan teping dan diuli lembut-lembut asal tak lekat kat tangan dah kira ok la tu. bulat-bulatkan dalam saiz yang disukai dan masukkan kiub keju tadi.
golek kan dalam telur dan kemudian taburkan bebola tadi dengan bread crum kasi litup semua.
boleh ulang step bersalut telur dan bread crum tu sekali lagi.
buat banyak-banyak nanti goreng dalam minyak yang panas. angkat bila dah nampak kekuning-kuningan ala-ala gold gitu. siap dihadap. best makan panas-panas.
malam tu goreng panas-panas makan dengan kawan-kawan. huhu >)
yang merah-merah panjang tu lada benggala celup tepung. saja nak try macam mana rasanya. manis-manis lada benggala. haha.
p/s : nak beli kamera baru demi nak ambik gambar makanan cantik-cantik.
No comments:
Post a Comment