Sunday, January 5, 2014

judgemental

judgmental. one things that cant be stop nowdays.

assalamualaikum.

hati ni sentap seketika bila ada lontaran-lontaran suara yang mengomen menilai gambar yang aku guna sebagai profile picture di FB. bukan gambar aku pon hanya gambar kartun perempuan bertudung. tapi tak cukup syarat.

"pakai tudung tapi nampak lengan dia"  "apa ni kuku berwarna warni?" "halal tapi haram"

aku terfikir kalau gambar kartun dorang komen sampai macam ni sekali, gambar aku yang entah sempurna entah tak, macam mana laa dorang hujahkan dalam diam.

kadang-kadang mulut kita terlebih dulu meluah kata-kata yang belum sempat ditapis dengan minda. kata-kata itu pada kita sesuatu yang baik, tapi mungkin pada orang lain kita melukakan hati mereka. kadang-kadang kata-kata yang kita rasa baik, disalah erti kan oleh mereka. dan kadang-kadang kata-kata yang kita rasa baik, secara diam menunjukkan kita angkuh, takbur dan riak.

kita memuji kebaikan dengan ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH.
kita mengkeji keburukan dengan ASTAGFIRULLAH, MASYAALLAH.

segala baik dan buruk datang nya dari ALLAH. dan hidupnya kita juga kerana ALLAH. siapa kita untuk menghina yang lain sedangkan kita juga tak sesempurna mana. siapa kita nak menghukum yang lain sedangkan kita jugak bakal dihukum kelak.

NAUZUBILLAH sekadar peringatan buat diri INSYAALLAH setapak lagi langkah ke arah kebaikan


No comments:

Post a Comment